Benarlah kata orang, manusia ni pelbagai ragam, pelbagai pe'el. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Eh.
 
Aku spesis manusia tak ramai kawan. Tapi aku boleh berkawan dengan ramai orang. Dulu aku ni pasif, pemalu, tak yakin diri, so bila jumpa org tak kenal aku tak reti nak borak. Orang anggap aku sombong. Kat sekolah pn takde yang kononnya BFF. Ada sorang ni aku anggap kawan paling rapat, beberapa kali singgah rumah dia after kelas komputer bersiap untuk ke pasar malam tlg mak ayah aku berniaga. Tapi ade satu majlis yg buat aku tersentap dgn dia, terus jauhkan diri pastu. So takde dah bestfriend. Kawan biasa2 je. Lepas SPM memang terus lost contact.  

Masa Uni, aku ade kawan, infact kitorg rapat sampai sekarang, tapi tak ramai, dalam 6 orang je. Yang lain pun kawan, tapi biasa2 je. Ade di antara rakan sekelas yang aku tak pernah bertegur sapa. haha dahsyat sangat penyakit malu aku tu. Classmate lelaki jangan cakapla, yang mana penah satu group je aku cakap, yang lain sorry no at home, agagaga. So sekarang ni kalau jumpa even aku perasan dorang, dorang tak kenal aku!!haha padan muka. BFF aku yang 6 orang tu pun, ada pelbagai pe'el, tapi yelah dah 14 tahun saling mengenali, dah tau hati budi masing-masing so gaduh macam mana pun tetap sayang gitu. Mujur jgk ade teknologi menghubungkan kitorg, boleh berwasap tiap masa, ada time kitorg set reunion gathering jgk, spend time together like the good old days time. 

Eh sebenarnya nak citer pasal perbedaan aku dengan dia my one and only dear husband, mukadimah melalut sampai ke Uni pulak kekdahnya. Aku kawen dengan mrR dah 6 tahun. Rasanya cukup lama untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Kitorg berkawan setahun, bertunang setahun then baru kawen. Masa kawan tu ade la beberapa kali je jumpa, tunang pn sama..rasanya less than 10 kali kot setahun. So by the time kitorg kawen aku takdela bebetul kenal mrR ni. Kena pulak awal kawen duk asing-asing, perkahwinan jarak jauh kekdahnya. Setahun jugak duk asing, asyik berulang alik je dua orang ni, kaya mr tony fernandes tu. Hahaha. 

Bila dah duduk sekali banyakkkk benda baru yang aku tau pasal dia. Betul lah kata orang 3 tahun pertama penuh cabaran. Aku asyik rasa dia tak paham aku, maybe dia pun rasa aku tak paham dia. Bergaduh tu macam makanan harian, ade jeee yang tak puas hati, tapi gaduh2 manja jelah, hati tetap sayang, auchh. Bila dah masuk tahun kelima keadaan makin reda, takde lagi dah rimau dengan singa. Anak pun dah dua kan, hati aku semakin lembut kot, tak suka dah marah2 sangat. Dan aku dah boleh hadam apa yang dia suka, dia tak suka, Sebenarnya bila list down mg banyak benda yang berbeza.

Contoh yang paling obvious adalah pasal makanan (dasar penggila makanan..haha).
Aku - suka makan pedas berdesing, suka berkuah mcm asam pedas sup singgang, suka bihun singapore (putih), suka spageti aglio olio, maggy kari telur sebijik (taknak pecahkan okey)
Dia pulak tak suka pedas, yang berkuah pun kari je, bihun goreng nak yang hitam2 letak kicap, spageti carbonara baru layan olio xnak, masak maggy telur kasi pecah which i dont like at all, huaaa kadang sebab makanan pun boleh masam muka tau. Penah aku merajuk sebab dia masakkan magy telur kasi pecah, hahaha. Kelakar bila pikirkan balik.

Tapi tulah dinamakan jodoh, perbezaan tulah yg sebenarnya mengeratkan hubungan ni, merajuk2 pastu okey baik balik. Orang cakap tiap kali lepas gaduh hubungan akan bertambah mesra, tak gitu?hihihihi.