Sejak dua menjak ni tahap keteringinan aku membuak-buak. Baik dari segi makan mahupun pakaian dan jugak kebendaan. Wahh dengar macam scary je..hahaha. 
 
Kalau dari segi makan tu biasalah time raya-raya ni, nak rasa itu nak rasa ini. Alhamdullilah takde rasa teringin ape dah coz semua yang dihajati dah dapat makan. Minggu ni ade Jamuan Raya Jabatan, apelagi menu utama haruslah kambing golek/bakar. Beratur orang ambik kambing, ade kawan aku sampai 4 kali ulang p ambik, punyelah sedap katanya. Aku dapat rasa sepiring pun dah cukup. Masa ni la time ko nak melantak yang sedap2 kan, pree kekdahnya. Segala apam balik istana yg crispy tu, mee bandung, laksa johor, char kuetiaw, nasi biryani, lemang ketupat, aiskrim, soto, mee jawa, roti jala, buah2 semua ko nak bedal kan. Pastu sebu perut. Ada satu time, punya la syok beraya, sumbat macam2 aku keracunan makanan oii..serik! Tapi itu cuma bersifat sementara, minggu berikutnya nampak pelbagai jenis makanan still teruja nak rasa semua..matilamak.
 
Satu hal lagi yang jadi kegilaan aku sekarang ni koleksi baju minaz. Dari dulu duk tengok minaz tak penah teringin pun. Sejak terjebak sepasang zandra jubah by minaz terus jatuh hati baqhang. Rasa nak beliiiii je lagi. Tapi apakan daya tabung ayam dan bocor awal, so takde pitih nak beli dh. Last weekend minaz ade warehouse sale kat Semenyih, gigih ngajak mrR temankan jugak, sebab taktau jalan kan. Kebetulan dorg pn ade buat open house sekali, ade makan2 so tak risau sangat mrR kebosanan sementara aku menyoping tu. Dorang stat biz pukul 10, pukul 10 pagi kitorg sampai tengok orang dah berbaris kemain panjang. Alahai kuasa membeli betul la..awatla hampa banyak sangat duit tu. Yang paling best, 50 yang terawal boleh isi beg besar dengan byr rm150 je, ada yang masukkan sampai 20 pasang baju kot!!ohmai..kegilaan apakah ini. Tapi aku haruslah takdapat yang tu kan, atleast dapat baju sepasang, twilly satu, cash voucher rm20, anak2 pun dapat duit raya dari AshAnas, mrR pun dapat mkn kambing golek kira berbaloi la pegi tu. Cuma tak puas hati kenapa la aku tak ambik byk sikit baju masa tu, penat2 beratur di bawah terik mentari, kaki kena pijak smpai lebam, masuk dapat sepasang je??mrR pun gelakkan aku, haha padan muka. Tapi yang pasti aku ni bukanlah penggila sangat, aku beli baju bukan untuk buat koleksi, aku beli pakai sekali then niat nak preloved kan je, ehehehe. Dan yang pasti, kedua2 minaz aku dah selamat diprelovedkan. Daaa..tunggu next pulak eh. Loyalti kad dah ade, bila2 je boleh walk in butik bangi tu cuci mata (n maybe poket sekali)..hahaha.

Ada satu masa aku gila bab charm emas 916, setiap bulan dapat gaji aku beli sebijik charms, tapi kegilaan tu dah terhenti bila dh dapat 8bj charms, rasa cukup2 lah di situ, lagipun harga omeh sekarang ni boleh tahan mahal..wuwuwu tak sanggup mak. Pastu aku beralih ke handbag, dalam masa beberapa bulan aku beli 3 ketul handbag! mrR geleng kepala je tgk aku. Haha. Pastu sekarang ni menyesal, apesal la abiskan duit beli handbag byk2 in a time, bila aku nak gunanya tu, dah tau habit aku jenis usung nan satu je ke mana jua, takde istilah tukar2 untuk certain occasion je, mak jenis simple, belesah je asal ade. Ni rerasa nak preloved kan jugak dah ni, haihhh