18 Oktober 2016 - genap 5 tahun usia Airis Batrisya, puteri sulung mama.

Coretan buat anakku Airis...

Walaupun dah 5 tahun berlalu, pengalaman di labor room masih segar di ingatan mama. Seseungguhnya, kamu adalah insan yang paling dinanti-nantikan ketika itu. Seluruh keluarga berhimpun di ruang menunggu menantikan detik kelahiran kamu. Mama tau, di sebalik pintu kayu dan dinding batu yang memisahkan kita dan mereka, mereka menanti dengan penuh kerisauan, debaran, sama seperti mama yang bertarung keseorangan di dalam labor room ketika itu. Masa tu mama cuma fikir untuk lahirkan kamu dengan selamat, tanpa sebarang komplikasi atau masalah, mama nak cepat-cepat bersalin sebab mama dah tak sabar nak menatap wajah kamu. Andai mama dijemput Ilahi ketika itu pun mama dah bersedia, dan mama takkan sedikit pun kesal sebab mama dah berjaya lahirkan seorang umat Nabi Muhammad di muka bumi ini. Dan mama yakin, kamu akan membesar menjadi anak yang solehah, kebanggaan mama dan papa. Itu Doa mama buat kamu sayang.

Airis, 5 tahun kamu membesar di depan mata mama dan papa. Menguruskan kamu bukanlah sesuatu yang mudah. Kamu permata hati pertama mama, banyak yang mama dan papa perlu belajar. Banyak hal yang mama belajar dari kamu sebenarnya, Erti kesabaran, erti kecekalan, erti putus asa, erti bahagia, erti derita semuanya ada. Tipulah kalau mama katakan membesarkan kamu sangat mudah, sebab bagi mama sesuatu yang sukar diurus akan mendatangkan hasil yang lebih lebih baik. Kadang mama hampir berputus asa, sebab mama bukanlah mama yang terbaik untuk kamu. Kadang mama sangat bahagia, kononnya mama lah yang paling beruntung mendapatkan kamu. Semua itu lumrah sayangku, hidup ini ada pasang surutnya. Kadang kamu baik, kadang kamu buat perangai, kadang mama penyayang, kadang mama menyinga jugak, hahaha. Mama tau kamu jugak banyak bersedih, tapi mama harap kamu rasa lebih banyak bahagia, lebih banyak gembira sepanjang kita bersama. 

Airis, sekarang kamu dah 5 tahun, kamu dah boleh membaca. Andai satu hari kamu terbaca blog mama, ketahuilah bahawa mama sangat sayangkan kamu. Tiada bezanya antara kamu dan adikmu Ayra. Mama sedar kamu terasa seperti diabaikan sejak kelahiran Ayra. Sepertinya mama lebih sayangkan Ayra daripada kamu, tapi sebenarnya tiada sekelumit pun bezanya kasih sayang mama kepada kamu dan Ayra. Kamu berdua anak-anak mama, anak-anak yang mama kandung, anak-anak yang mama lahir dan besarkan. Dua-dua mama sayang, dua-dua mama cinta sampai mati.

Airis, mama love you.

mama  sayang  kakak