Salam Jumaat
 
Minggu yg agak stress. Macam2 hal terjadi di luar kawalan tapi ape2 pun kena jugak hadapi. Washing machine rosak entah ke berapa kali repair, akhirnya terpaksa akur beli yang baru. Kereta nan satu tu pun nak buat hal jugak, haih lebur la duit jgk. Tup2 ptptn pun antar emel, mtk selesaikan tunggakan RM7xxx.xx . matilanak cari mane. **cries**

Awal2 dlu ms nak sambung study after SPM mane nak cekau duit, memang la ambik PTPTN, mak ayah aku bukan orang senang, berniaga pasar malam je. Aku memang taknak bebankan dorang lagi, dahla abang aku study kt unitar private uni yuran n etc mahal nak meninggal, so ade peluang ptptn aku memang tak pikir panjang. Mujurla UiTM dlu sangat pemurah, makan pree, hostel pn pree so ptptn tu boleh cover yuran n perbelanjaan aku selama 6 bulan. Sebulan ade la dlm RM300+ untuk belanja barang2 keperluan, tiket bas balik kg selang dua minggu. Aku ni jns homesick memang kena balik kg xleh lama2 mula nk demam la sakit la ape la so byk jgk abis duit kt tambang bas tu. Cuma aku bersyukur sesen pn aku tak penah mintak kt mak ayah sepanjang study. Time dapat loan aku akan bg sikit portion kt mak ayah aku, yelah time tu rs RM2500 sangat banyak okey. Haha.

Pastu abis dip result aku agak baik, boleh apply JPA tapi malang nasib aku terlambat tau pasal JPA so aku terlepas peluang tu. Terpaksa ambik ptptn sekali lagi. Degree aku buat kt kampus induk shah alam so jauh sikit, kos pn bertambah sebab makan n kolej kena bayar. Masa tu mg struggle abis, makan berjimat beli sekali makan dua kali siang n malam. Maggy memang peneman setia. Still aku tak penah mtk duit mak ayah aku. Masa tu aku still spend portion loan utk mak ayah, belanja adik2, kadang2 bg kt abang aku yg struggle jgk life kt KL nun. So total pinjaman ptptn aku RM29k. Nampak macam tak banyak mana pun, monthly installment RM315 gitu la. 

After graduation tahun 2007, aku keje private company, gaji masa tu RM1k je, tolak EPF socso bagai tinggal dlm rm800+, sewa rumah, minyak keta etc makan minum memang tak dapat bayar rm315 loan tu, so aku bayar rm50 je sebulan. Pasrah. Aku ingat better bayar sikit daripada tak byr langsung kan. Lepas tu aku try apply keje kontrak kerajaan kt Jabatan Perangkaan, mujur dapat walaupun gaji lebih sikit je, RM1200 kot. Alhamdulillah sebab dekat dgn parents so takyah sewa rumah. Tapi duduk dgn parents takkan aku nak duk pree, aku cover utilities, groceries, installment keta ayah aku (sebab aku guna keta dia) end up tak dapat jgk cover RM315 tu. Bayar RM100+- je sebulan. Beberapa bulan lepas tu aku masuk KPDNKK jugak, still kontrak tapi gaji up sikit, RM1350 after tolak EPF. Keadaan masih sama, aku xmampu bayar total amount, still stick kt angka rm100+. Masa tu pulak aku terpaksa beli keta sebab sampai bila nk pinjam keta ayah aku, ayah aku pn nk guna antar adik aku sekolah la, nak2 time ujan takkan nk naik moto je dorang, aku beli keta yg byr installment rendah je, keta compact je. Hihi.

Kira-kira 3 tahun jugak aku keja camtu smpaila tahun 2010 aku dpt offer keja tetap kt kastam ni. Alhamdulillah rezeki, setelah 4kali aku turun naik interview dgn SPA. Awal2 aku apply untuk potongan gaji. so aku mintak jadual pembayaran kt PTPTN, dorg keluarkan satu surat potongan aku RM155.xx sebulan. Aku follow up balik, tanye kenapa potong satu akaun je, kalau boleh aku nak potong gaji untuk dua2 akaun sekaligus. Tapi jawapan dorg bayar satu dlu, nanti dah abis automatik akan sambung so aku okeyla. Lagipun gaji aku bukannya byk mana, masa tu baru kawin so paham2 la nk mulakan hidup byk jgk pakai duit. Setahun gaji aku tak dipotong jugak tak tau mana silapnya lepas aku berpindah ke HQ baru stat potong. Aku ingat nak setel semuanya so takyah pikir psl ptptn lg.
 
Ohya in between aku tak igt masa bila aku dh convert pinjaman aku ke UJRAH, masa awal2 dorg perkenalkan ujrah tu ye. So kos pentadbiran dah turun ke 1% dari 3% sebelum ni. Tahun lepas ke awal tahun ni kan kecoh2 pasal org kena blacklist ptptn, aku langsung tak endah sebab bg aku, aku bukannya peminjam tegar, aku dh buat potongan gaji. Tiba2 aku dapat emel yg akaun aku ade tunggakan!! Gelabah woih aku pegi pejabat ptptn, rupanya dorg kira tunggakan utk akaun yg aku xbayar tu. Potongan gaji utk satu akaun (degree) je, akaun (diploma) tak potong lagi. Aku rasa teraniaya kat situ sebab bukan aku yg taknak bayar tapi dh dorg yg cakap akan potong lepas setel satu akaun. Stress oi, mana aku nk cekau duit, masa tu dorg mintak setelkan tunggakan kira2 RM12k. Akaun dip tu dikira sejak aku grad diploma tahun 2005-2015!Sepuluh tahun aku tak bayar memangla tunggakan byk giler! Dorang suh aku byr ansur2 utk tunggakan tu instead of potongan gaji sedia ada. kira topup asing la. Aku baru beli rumah masa tu, EPF mg dah abis keluarkan so memang takde cash langsung nk bayar so aku bayar sikit2 la. Stat bulan lepas jgk aku dh start potong gaji utk 2nd akaun, so total aku byr RM280++ per month kt ptptn.

Minggu lepas dorg emel lagi pasal tunggakan tu. ade lg RM7k lebih nak mintak setelkan. Kalau tak nama aku blacklist, kena tindakan undang2 blablablaaa. Aku taktau nk pikir mana nk cari duit. Loan pun takleh buat sebab nama dah xbaik kt CCRIS sure bank tak bg loan. Seriously aku terganggu dgn ptptn ni, aku takleh tenang. Aku cerita kat mak aku, mak aku sampaikan kat ayah aku so ayah aku bank in kan RM7k kt akaun aku, aku tak sampai ati nk guna duit dorg utk bayar hutang aku tu. Huhuhu tapi terpaksa kot. Camne nak buat lg. Huhu aku buntu

Aku pelik la..aku start bayar dari awal lagi, still kena macam ni. Ada kawan aku langsung tak penah bayar takde pulak kena apa2. Tak adil kan?Huhu.