Sabtu lepas ade program Kayuhan Amal Kastam 1 Malaysia, KAK1M semperna Hari Kastam Sedunia setiap 21 Jan every year. Aku tak masuk pun acara berbasikal tu tapi turut sama hadir untuk memeriahkan majlis bak kata orang, program jabatan kita kena la support sikit kan. Hihi
 
Awal2 pagi Airis dah bangun semangat nak bersenam katanya, ada acara senamrobik jugak so aku ajak dorg bersenam la kononnya. Mujur mrR pun tak keje pagi tu so lets go together2 katanya, nek moto berempat haha. Acara berlangsung kt Dataran MOF, infact seluruh Malaysia ade program KAK1M tu sebenarnya, semua pakat berkayuh la ye. Semangat tengok dorg semua, aku je tak semangat nk mengayuh sbb dh lama sgt tak naik beskal kikiki kalau jatuh malu kang. Oh ye kayuhan ni sebenarnya more to charity program, sumbangan ke Majlis Kanser Negara, MAKNA. Setiap penyertaan dikenakan yuran RM50, dapat tshirt, tumbler, cap n medal etc kire berbaloi jgk la sambil beriadah sambil beramal kan.
 
Semangat AA ni nak bersenam, tapi atlast nan hado hahaha

Adik ni manja dengan papa, kalau papa takde baru manja dgn mama dia ni

Pelepasan VVIP pukul 8 pagi, bos2 besau la ni kiranya

Dikhabarkan seramai 2ribu peserta yang join acara ni..fuhh

Entah sape pulak datang ni..adoi takut anak2 aku

Kids under 12 ade pertandingan mewarna. Kakak warna tak abis pun dah taknak..dia xminat sangat color2 ni..tak macam mama dia hiihihi

Adik pun nak jugak...walaupunnnn hahaha

Aku sempat buat pemeriksaan kesihatan, yelah benda depan mata moh le kita check  basic2 tu, berat tinggi bmi tekanan darah n kandungan gula dlm darah, alhamdulillah semua okey, bmi je dah 23.+ hehe nk sampai border tu ye kak bedah, ati2 huhuhu. Budak2 kalut nak bersenam coz ms senam robik dorg duk mewarna, so papa dorg bawak berlari kt depan mof nun, tak dapat la mrR buat pemeriksaan kesihatan diri dia. Ade kempen derma darah jgk tapi aku tak sempat nk tinjau coz bdk2 kalut nak balik. Kitorg singgah hero beli bahan masak then balik je pastu.

Petangnya mrR keje, anak2 macam biasa nak pegi kolam la every weekend, last week tak pegi sebab masing2 tak sihat demam n selsema. So lets mama bawak kali ni. Kesian pulak asyik berzikir nk p kolam nk p kolam je sepanjang hari. Kakak lagi lawak celik mata je nak p kolam, bila papa dia cakap papa keja terus nangis tersedu sedan sebab tak dapat p kolam. Haih la anak, drama betul korang ni.
  
Aku takde swimming attire so tengok dari kejauhan je. Dalam hati risau kot2 anak2 tenggelam ke hape tak sempat nak angkat, kembung perut minum air kolam tu kang. So pegi la tukar seluar legging duk bertenggek kt tepi tu sambil perati dorg. Entrance fee RM1 je per kid untuk kolam kanak2, kalau kolam dewasa RM2. Okeyla kan..
 
Adik siap bawak ball, duk main dalam kolam tu, aku tgk pulak seriau maklumlah mak dorg ni penakut 

Hantu air ni tak reti sejuk langsung, kalau sesi 2 jam 2 jam jugak dia nk berendam, berenang tak reti pun hahaha

Ahad pagi pun datang kolam lagi kalini papa pulak bawak. Aku macam biasa bibik kena ke pasar beli ikannya buk. Mau masak kari. Weekend ni masak kena ikut tekak anak n suami, apa dorg nak makan kena tanya siap2 kang dah masak takmo makan pulak. Airis tu tiap minggu request nak makan masak lemak ikan, cuma minggu ni nak kari ikan pulak. SYMP la ye nakkk.

Petang macam biasa papa kerjaan so mama bawak jalan2 beri barang dapur kat Alamanda je, happy la dorg sekejap. Balik rumah tengok papa takde si kakak mula buat drama balik, sedih manjang sebab papa asyik keja katanya. Huhu. Bertabahlah nak