Ahad ke sabtu eh sebenarnya hari ibu?kalau ikutkan upin ipin setiap ahad minggu kedua bulan Mei which is 14 mei 2017 la kan?ade yg cakap 13 mei so tak kisahla bebila pun sebenarnya sebab hari2 pun kita wajib mengingati n menghargai ibu kita. kan? its just once in a bluemoon ade la special treatment utk ibu tersayang..so why not raikan ibu kita, bukan selalu pun kan. Aku kalau duk kt kedah dulu setiap tahun belikan kek n hadiah utk mak aku, selain sambut birthday dia. Mak aku happy sgt, benda mcm ni kalau buat tiap hari dah tak rasa istimewa dia, sbb tu la kami sambut. Biarlah apa tanggapan org terhadap sambutan hari ibu yg penting kami bahagia dgn cara kami. gitew.
Sekarang bila berjauhan takda apa sgt yg mampu aku buat utk mak aku, selain ucapan di whatsapp n phone call, kalau adik aku ada bolehla video call. Aku sendiri pun dah jadi seorang ibu. Aku pahan perasaan gembiranya bila anak2 datang peluk dan wish selamat hari ibu. Budak2 sekarang dh tau cara nak surprisekan ibu dorg sebab kat sekolah cikgu dah ajar. Anak aku buatkan kad, pun cukup membahagiakan aku. Kalau takde cikgu2 ajar memang takyah harapla nak dpt benda2 gini. Huhu. Aku ni insan yang lemah, sesekali dapat benda cmni terasa dihargai, diingati sangat, terharu sampai rasa nak nangis maklumlah  #hatitisu haha.
Bila aku jadi ibu ni baru aku paham pahit getir mak aku membesarkan kami 5 beradik. Macam2 peel macam2 ragam. Ayah mak aku bukan keja besar, takdak gaji tetap pun tapi mampu sekolahkan kami sampai ke universiti alhamdulillah. Mak aku dari muda kerja keras, aku paling igt zaman mak aku berniaga kuih, bangun seawal 3pagi buat kuih, pukul 6 susun barang dalam bakul n raga basikal kayuh pegi antar kat tempat paklong aku berniaga pagi. Ada satu ketika di trafik light basikal mak aku terbalik abis barang niaga bertaburan atas jalanraya. Pilunya rasa hati tapi mak aku tabah, sikit pun dia tak nangis or mengeluh. Mungkin depan kami dia tunjukkan yg diri dia kuat, belakang sapa tau. Macam jgk aku sekarang, walau susah penat mcm mana pn aku tabahkan jugak. Walaupun susah payah aku memang tak setanding mak aku, beza jauh amat. 
Buat masa ni menguruskan anak bertuah berdua tu pun aku dah cukup letih, kebanyakan masa dorang di runah aku yang uruskan sebab sang suami sentiasa sibuk dgn tugas dia, kadang terpaksa ambik dua2 dari sekolah, sekolah berlainan, pastu singgah beli makanan lah, kadang pegi pasar lah, pastu nak singgah playground lah, aku dengan bag2 sekolah dorang dengan barang belian tu dah rupe kingkong berjalan naik ke rumah. Kadang sampai terlupa nak kunci pintu rumah bila dah sibuk mengangkut barang masuk umah. Haihh parah betul kan. Bila dah letih2 tu bila anak2 buat perangai mula la aku nak naik hantu. Mana nak ajar solat, mana nak ajar mengaji, ajar membaca etc budak berdua tu bukan boleh berbaik sangat ade je nak digaduhkan. Alangkah bestnye kalau ada helper kan hehe. Itu pun terkadang aku mengeluh, merintih n menangis sebab tak tertahan. Setiap org dugaannya tak sama. Kadang kita rs diri kita dh teruk tapi bila tgk org lain ada yg lebih teruk dugaannya berbanding kita. 
Buat semua ibu-ibu di luar sana, kalian memang hebat, takde kata yg dapat membalas jasa korang semua, semoga Allah swt jua yg membalasnya kelak. Amin.