Celcom oh Celcom
Pagi2 lagi aku dapat sms yang mengatakan bil aku dh lebih had iaitu RM560.20. Dia suh setel amaun tu sebab line aku kena barred!! I was like...WHAT??? gila tak terkejut weh, nk pitam rasa, RM500 kot bukan RM50..even rm50 pn aku rasa banyak sebab aku baru je bayar bil Senin 9.10.2017. Baru 4 hari lepas.
Celcom ni aku guna dah lama, before kawen lagi laki aku buat supplementary line, masa tu 1+5 plan, aku xigt details tapi all the bills go to him. Xmahal sangat seingat aku. Tapi lama aku pakai sampailah ada plan baru, masa tu aku nak beli Note 4, aku guna plan yang sekali device tu, tu pn around RM80++ kalau tak salah aku. Plan tu 3 tahun aku pakai, sampai dah lepas tamat kontrak pun still pakai. Pastu tahun lepas aku tukar ke plan yg Gold ke ape nama, rm80 sebulan, tambah gst bagai jadi rm85+. So setiap bulan aku cuma bayar amaun tu ja sebab call & sms unlimited. Data pn unlimited tapi bila dah abis quota paham jelah slow dia lebih dari siput b*b*..huhu.
Bulan lepas, aku decide nk bertukar ke WEBE, ramai kawan2 aku guna n suggest. Kebetulan masa pegi Alamanda ada roadshow webe so aku terus daftar, nk ported dari celcom ke webe la kisahnya. Yang si webe pn tak cakap kalau ada 2-3 line under nama tu kena port semua. Yang nk port aku sorang je, laki aku kebal takmo..sayang celcom kekdahnya. Lagi pulak line dia tu under kontrak yg gomen punya. Aku takde kontrak so aku anggap bolehla. Takde pulak tanye lebih2 main register, bayar n dapat simcard. Dua tiga hari lepas tu aku dapat emel n sms cakap tak berjaya, Celcom tak benarkan sebab line aku ni supplementary (under nama laki aku). Haih dah sudah..bazir je duit aku RM106 huhu.
Lepas kejadian tu aku guna celcom macam biasa, data abis quota terpaksa la tunggu cycle 8hb br renew..9hb auto billing ke kredit kad n bayaran berjaya seperti biasa. Aku pn malas dah pikir pasal porting whatsoever. Tup2 pagi ni dapat sms line aku kena barred, pastu bil melambung ke rm560.20. Tu aku cuak. Dah kenapa? Aku try call cust service dia, minah tu cakap dia takleh check sebab aku bukan registered person so dia mintak laki aku yg call. Aku mintak laki aku call, dia cakap takleh check sebab kena tunggu next bill..Dah kenapa pulak. Abis nk aktifkan line kena setel dulu ke??Aku memang taknak bayar, apesal pulak kena sampai gitu sedangkan credit limit aku RM200 je. Aku check data penggunaan tak lebih had lagi, baru berapa percen je.
Seharian aku moody memikirkan nasib aku nak membayar bil next month, dahla auto billing nanti auto je kad kredit aku byr amaun tu, tambah bil bulanan rm85 mau cecah 600++ tu..haihh giler lah. Masuk online, nk stop auto billing takleh pulak, hampehh.
Sudahnya aku decide nak terminate kad kredit aku, padan muka. Line celcom tu pn aku nk terminate jugak, lantaklah kau kat situ.
Aku stress
Sekian
5 Comments
Saya pun pkai celcom plan y 8+ tu juga. Takut plak smpai 5++ banyak tu.
ReplyDeleteSelama ni saya pakai okey je sis..baru ni je jadi gitu..hopefully silap amaun tu..tak sanggup nak bayar huhu
Deletechristian louboutin outlet
ReplyDeletemichael kors outlet
kyrie 4 shoes
hermes
yeezys
michael kors factory outlet
jordan 4
air max 270
moncler jackets
kyrie 6
golden goose outlet
ReplyDeletekd 12
longchamps
yeezys
moncler outlet
off white jordan 1
yeezy shoes
cheap jordans
golden goose outlet
yeezy boost 350 v2
saya dah kena, mula2 whatsapp hilang, nak register, katanya diguna oleh org lain, pastu sms otp upgrade plan celcom pastu notified berjaya, pastu upgrade limit notified, lepas tu berjaya, pelik, lepas tu anda berjaya beli check point,..
ReplyDeletelast sakit hati
"""RM0 FINAL REMINDER! Account Number: xxxxxxx / Service Number: xxxxxx. You have used more than 90% of your Credit Limit of RM650.00. To avoid your line from being barred, please pay your bill immediately. Do it now through Celcom Click & Pay https://onlinepayment.celcom.com.my/Payment/clickandpay or Celcom Life app http://bit.ly/celcomlifeapp (Internet access required). Disregard this message if payment has been made. Sincerely, Celcom"""
celcom kata x leh buat apa blh barrel sahaja, pembelian telah dibuat oleh sapa x tau. babi, lepas 2 minggu baru blh register whatsapp semula..tapi peliknya, hp blh guna whatsap duduk ngan org lain dan blh pulak jawap whatsapp minta duit dgn kawan aku,, apa nak buat