Alhamdulillah syukur..Airis dah hampir menamatkan zaman pra-sekolah dengan jayanya. Walaupun tak dapat masuk pra sekolah kerajaan, 2 tahun bersama LC amat membanggakan mama n papa. Tahun pertama tak banyak pun yang dia pelajari. Membaca pun sekadar dua suku kata mudah. Tapi budak2 memang cepat belajar, masuk tahun kedua kat situ dia terus dapat membaca dengan lancar, both bahasa melayu and english. Cuma english tu perkataan yang mudah2 jela. Bagi aku dah cukup bagus untuk budak 6 tahun.
 
Paling happy bila anak pandai membaca surah2 lazim, ada beberapa surah yang dia dapat hafal, teacher sediakan chart and tanda mana surah yang dia hafal dan belum. Solat pun dah pandai, harap kakak akan terus cemerlang dalam ilmu agama seiring ilmu duniawi ni. Aku tak kisah sangat LC ni takde sistem peperiksaan yang menilai budak dapat nombor 1,2,3 macam tadika lain. In fact, budak2 ni semuanya sama. Kesian tengok anak2 kwn aku yang bersaing sesama sendiri sebab nak dapat nombor 1 dalam tadika, pastu yg tak dapat nombor 1,2,3 tu tak dapat hadiah dari teacher, nangis2 nak hadiah yang sama jugak. Budak2 kan, mana dorang paham lagi, tapi entahlah. Memasing punya sistem, lagipun nanti masuk sekolah rendah akan bersaing jugak untuk tu. Harap Airis akan adapt semua tu dengan baik, InsyaAllah.
 
12 November 2017, bertempat di Palm Garden IOI Resort LC adakan Grand Ihtifal untuk LC sekitar Putrajaya dan Puchong. Aku paham grand ihtifal tu graduation day je, tak pasti maksud sebenar, haha. Airis macam biasa bersemangat luar biasa kalau event2 cenggini. Dua tiga minggu sebelum duk gigih practise untuk persembahan. Malam tido tak lena asyik terjaga je sebab eksaited nak buat persembahan katanya. Aku taktau sangat ape persembahan tapi dia ada cakap dia nyanyi lagu demi matahari dan muslim of the world. Aku suh nyanyi depan aku dia taknak. So mama papa kena tunggu tengok hari tu jela.
Pagi2 lepas subuh dia dah siap, mintak aku solekkan lagi, kemain nak pakai eye shadow kaler oren n pink, mama layankan aje. Rambut taknak ikat tinggi sebab nak pakai topi matahari nanti terjatuh katanya. Okey fine. Pukul 750 kitorg keluar rumah since teacher mintak anak2 sampai sebelum 8.15 pagi. Majlis start pukul 9 ye. Aku suruh dia makan roti dulu kat rumah pun dia taknak, taktau la sebab neves ke hape. Sekali dengan aku pn tak sempat nak sarapan kat rumah dek kekalutan anak sorang tu.
Around 9.30pagi baru majlis bermula. Aku dah la lapar, nak tunggu minum pagi macam lambat je, huhu. Tak sabar nak tengok persembahan anak pun ye jugak. Lepas dah abis ucapan bagai anak2 buat persembahan bacaan ayat2 lazim, ade 3 tadika yg ambik bahagian, tadika Airis last sekali baca surah al-takathur. Dorang baca beramai2. Sebelum tu ada bacaan surah Ar-Rahman wakil setiap tadika yang baca ayat dan terjemahannya. Airis tak terpilih jadi wakil kelas untuk bacaan tu, kagum aku tgk kawan dia baca..dalam hati pikir nape kakak tak dapat eh..huhu
Lepas tu tea break kejap, laju je aku suh mrR pegi ambik makanan, bini dah kelaparan tahap gaban haha..mujur bdn xlemah sangat aritu, still boleh bertahan, cuma ke toilet jugak sebab nak uwek2. Majlis bersambung dengan persembahan anak2  LC D'Myra iaitu tadika Airis, semangat weh nak tengok anak. First dari kelas pra tahfiz, dorang menari joget pahang, lepas tu baru kelas Airis buat persembahan lagu demi matahari. Menarik siap ade macam choral speaking mula2 tu, pastu ada bacaan surah al-sham oleh anak aku AIRIS!! Ya Allah sungguh aku terkejut tengok dia mara ke depan baca surah tu sorang2, sebak terharu semua ada, hampir nak gugur airmata aku tahankan je. Sungguh aku bangga weh. MrR kat depan pentas duk merakam, aku tengok je dari tempat duduk. Lepas tu dorang beramai2 nyanyi lagu muslim of the world.
Majlis selang seli kan persembahan tadika dengan parade, so tadika Airis parade yang ke2, tengok anak2 melangkah masuk dewan dengan jubah dan mortar tu alahai happy je rasa. Tersengih2 je Airis dengan jubah dan mortar sengat dia tu. Haha. Semua urusan recording n ambik gambar aku serahkan kat mrR, maklumlah mak sokmo2 tak larat. Huhu.
Around 1.30pm majlis berakhir, Airis kelaparan kesian dia. Kat bilik persalinan tecer bagi makan kek pisang, dia tak makan sebab ade ulser kat mulut, dengar cakap betul budak tu. Hehe. Mula2 pasang niat nak berjalan ke IOI City Mall, konon nak cari hadiah besday untuk mrR tapi badan aku tak berapa sihat so terus balik. Singgah tapau mee tarik je untuk Airis.
Overall hari yg sangat indah untuk aku, happy sangat tengok Airis happy..Aku tanye dia takut tak masa kat atas pentas baca surah tu dia cakap tak takut pun. Kalau aku sure katq kaki kot. Haha. Mujur Airis tak ngikut perangai neves mak dia ni. Haha.
Ape2 pun mama doakan Airis sentiasa berjaya di dunia dan akhirat ye sayang, mama sayang Airis dan mama sentiasa berbangga dengan kakak.
Love u, xoxo