Kemain tajuknya.
Terkesan dengan satu iklan ubat gigi dari Korea. Haha. Dengar macam kelakar kan, tapi mesej yang disampaikan tu menusuk jiwa. Aku nk upload kat sini tak pandai, so meh aku describe sikit kandungan clip iklan tu.
Tajuk iklan tu 30 days promise kot. Iklan tu berdurasi hampir 4 minit. Bermula dengan monolog si suami yang katanya dah tak bahagia dengan isteri dia. Dorang masing2 pun tak sedar bila hubungan dorang makin renggang. Dah takde kasih sayang gitu. So satu hari si suami luahkan perasaan dia dan ajak si isteri untuk berpisah. Dah takda rasa sayang dan tak happy katanya, buat apa nak teruskan lagi.
Tapi si isteri mintak masa 30 hari sebelum dorang berpisah dengan syarat si suami kena peluk, kiss, say I love u dan hold hands every day. Mula2 si suami tu macam kekok bila si isteri minta dipeluk etc tapi menjelang 30 hari tu si suami dah mula selesa. Hari ke-30 tu kawan si suami tanya macam mana dia propose isteri dia dulu. Baru la dia teringat masa propose dulu tu dia berjanji akan hug, kiss, hold hands & say I love u every single day. Masa tu baru la si suami tersedar yang dia sendiri dah lama tak buat apa yang dijanjikan tu, dan itulah yang menyebabkan hubungan dorang semakin jauh. Cepat2 dia lari balik rumah cari isteri tapi isteri dia dah tinggalkan rumah. Masa dia berlari nak cari isteri tu tiba2 ada kemalangan, rupanya isteri dia yang kemalangan tu. Mujur tak mati, haha. Kira happy ending la, tapi sebak weh kalau betul2 hayati iklan tu. Tak taula kot aku ja yang over sensitive huhu.
Tapi ada betulnya, tak dinafikan kehidupan kita masa awal kawin dulu jauh berbeza dengan bila dah beranak pinak. Takde lagi kata2 sayang, manja..yang ada cuma keluhan, luahan letih penat, atau jeritan si isteri bila anak2 buat hal. Nak bermesej pun sebab anak semata, bukan lagi nak tanya khabar pasangan, dah makan ke belum n etc macam zaman bercinta haha. Masa bercinta semuanya indah kan. Kentut pun Wangi bak kata orang. Sigh.
Aku tak kata semua macam tu, kebanyakan saja. Aku suka tengok pasangan yang romantic sampai ke tua pun still jalan berpegangan tangan, suap-menyuap, lovey-dovey gitu. Typical kita ni bila dah beranak pinak jalan pun dah tak sempat nak pegang tangan pasangan, pegang anak2 pun tak cukup tangan kekdahnya. 
Cries
So sahaja aku nak share tips untuk kekalkan CINTA among pasangan korang, termasuk aku sendiri jugak. Hihi. Lets try together2.
xoxo
daa