Tabung AA

Friday, February 24, 2017

Misi Bebas Kad Kredit

 
Tetibe semangat nak hapdet blog!
 
Baru dapat call dari bank, aku request card cancellation untuk kesemua kad kredit yg aku pegang kecuali kad citibank sebab ade monthly installment tak setel lagi. Lagi 3 kad i.e Standard Chartered, CIMB n AMBank aku dah cancel. Dasat okeyh ade smpai 4 kad, memang bala semua tu bhahaha. Takde penyakit cari penyakit.

Aku ni memang mudah terpengaruh sebenarnya. Pantang jumpe yg kat shopping mall duk isi2 borang tu aku gedik nak isi, mrR selalu marah aku psl tu haha tapi aku buat jugak semata2 free gift yg kadang entah pape tu. Kalau payung aku paling suka sebab berguna sgt2 haha. Sekarang ni takde dah yg bg free payung. Aritu dapat power bank tapi entah kt mana aku campak haha seb baik tak lulus sebab aku dah ade 4 kad. Kalau tak memang tebal la wallet aku dgn pelbagai kad. Loyalty kad pn mcm2 aku kumpul, segala jenis kad aku subscribe. Just name it aku maybe ada. Haha.

Tadi pun masa standard chart call dia offer aku tukar kad lain, ape jenis taktau la tapi ade cash rebate RM50 upon activation, aku dah macam nak tapi kukuatkan semangat tolak dengan sopan jgk. Huhu sory amoi i cannot help myself. Now aku tgu setel lagi satu kad je then aku dah officially bebas kad kredit. Nak azam bebas hutang lama lagi la since aku punya potongan gaji utk rumah sampai pencen nun i.e 28 tahun lagi. Kereta ade lebih kurang 4 tahun rasanya. Lepas tu boleh bernafas dengan legaaaa. InsyaAllah mudah2an..

Lepas ni aku kena la belajar guna cash, pepandaila nk manage kewangan aku, monthly commitment aku dah buat jadual siap2 ape yang wajib setiap bulan, so yang balance tu jangan sampai terlebih guna untuk shopping merapu kang hujung bulan gigit kuku je huaaaa. Sebab sebelum ni segala gorcerries aku akan beli guna kad kredit, dpt gaji terus bayar kad kredit so takde masalah terputus bekalan ke ape. 28hb nt pegi aeon big kena plan bebetul ape yg patut ape yg tak patut beli, takmo membazir lagi dah..mak nak hidup bebas hutang.

Sekian.

 
 

Friday, February 17, 2017

Seminggu yang hilang

 
Baru ade kesempatan nak terjah blog sendiri, lately aku jengah blog just utk catch up blogger lain up entry je, suka baca few blogs yang tak penah jemu mengapdate, bukan macam aku ni ibarat hidup segan mati takmau..haha
 
  Well sebenarnya banyak sangat benda yang aku nak story tapi taktau nak start dari mana. Tahun ni memang start dari awal banyakkk sangat dugaan untuk aku. Dugaan kecik2 tapi masih meninggalkan kesan dalam diri aku. Takmo la asyik citer yang sedih, meh kite story yg best2 je.

Last 2 weeks cuti CNY aku berkesempatan balik kampung dengan anak2. MrR macam biasa busy so kena tinggal, padan muka haha. Walaupun nenek aku dah takde kami still melawat rumah saudara mak yang lain, so budak2 ni dapatla sikit angpau, yeayy *lepas duit tiket korang* hahaha. Aku sambung cuti seminggu sebab in between tu ade cuti hari wilayah so ambik cuti straight sampai weekend terus. Dapat duduk lama sikit kt kampung terchenta gitu. Aku sempat melawat rumah kami yang disewakan. Penyewa kami tu sangat bagus, tengok rumah aku tenang je dh ade pokok2 kt yard, rumah pun terjaga bersih dan kemas, alhamdulillah sangat dapat tenant mcm tu. Sekarang dah ade persatuan penduduk so dah hire guard untuk jaga pondok keluar masuk, every rumah kena bayar rm50/month untuk guard's thingy.
 
Happy sangat dapat spend masa dengan family kt kampung, mak aku sekarang ni jaga anak2 adik aku so all the time aku jd babysitter la, best oii dapat kendong baby, lagi best sebab dua2 manja dgn mama Ida depa ni. Tetibe je rs nak baby sendiri ahahaha. Anak2 aku pun kemain happy la, duduk rumah landed, boleh mandi kolam almost everyday, kayuh gerek depan rumah, pegi rumah kawan2 sebelah, dorg tu hari2 cakap taknak balik Putrajaya. Haish. Time nak balik Sabtu tu jenuh la aku pujuk budak berdua tu, alhamdulillah dua2 okey n kami selamat sampai di Putrajaya dengan jayanya.
 
Rutin kembali seperti sediakala, anak2 pegi taska/tadika, makpak pegi keje. Bukan anak2 je yang bermalasan mak dia pun sama. Tapi tak sempat nak bermonday blues aku dah terkejut karen sebab minggu depannye ade Majlis bersama KSN, ohmai. Terus jadi huru hara keja sepanjang masa sampai ke malam. Even cuti hari thaipusam n weekend sabtu ahad pn aku kena keje..kesian anak2 mama asyik tanye kenapa mama keje huhu. Mak pasrah nak, gitu la bila belajar tak berapa pandai, terpaksa la jadi kuli..*cries*
 
Minggu tu aku memang agak stressed, dengan sebab keja yg tak pernah abis, dengan kena marah sebab org lain punye silap, orang tak bg komitmen pun kita yg kena bambu, lagi pulak tak sempat nak spend time dgn anak2. Aku teringat dulu2 kalau baca novel ke, tgk drama ke, akan ade kes anak2 terabai dek mak bapak yang terlalu sibuk bekerja. Biasa dalam citer gitu mak bapak tu keja hebat2, CEO ke Pengurus besar ke, pastu anak2 ni ade bibik yang jaga..sekarang ni nah ambik aku pulak yg jadi mak bapak gitu, we both memang sangat sibuk sampai anak2 terabai, cuma bezanya kami bukan CEO, kami bukan pengurus or boss tapi kami cuma pekerja bawahan. Anak2 kami pun takde sapa jaga, kami tiada bibik yg tlg masakkan makanan untuk anak2 apalagi yg boleh jagakan dorg kt rumah. Huhu. Sedih.
 
Sedih.
 
 

Monday, January 23, 2017

AA :: Aktiviti hujung minggu kami

 
Sabtu lepas ade program Kayuhan Amal Kastam 1 Malaysia, KAK1M semperna Hari Kastam Sedunia setiap 21 Jan every year. Aku tak masuk pun acara berbasikal tu tapi turut sama hadir untuk memeriahkan majlis bak kata orang, program jabatan kita kena la support sikit kan. Hihi
 
Awal2 pagi Airis dah bangun semangat nak bersenam katanya, ada acara senamrobik jugak so aku ajak dorg bersenam la kononnya. Mujur mrR pun tak keje pagi tu so lets go together2 katanya, nek moto berempat haha. Acara berlangsung kt Dataran MOF, infact seluruh Malaysia ade program KAK1M tu sebenarnya, semua pakat berkayuh la ye. Semangat tengok dorg semua, aku je tak semangat nk mengayuh sbb dh lama sgt tak naik beskal kikiki kalau jatuh malu kang. Oh ye kayuhan ni sebenarnya more to charity program, sumbangan ke Majlis Kanser Negara, MAKNA. Setiap penyertaan dikenakan yuran RM50, dapat tshirt, tumbler, cap n medal etc kire berbaloi jgk la sambil beriadah sambil beramal kan.
 
Semangat AA ni nak bersenam, tapi atlast nan hado hahaha

Adik ni manja dengan papa, kalau papa takde baru manja dgn mama dia ni

Pelepasan VVIP pukul 8 pagi, bos2 besau la ni kiranya

Dikhabarkan seramai 2ribu peserta yang join acara ni..fuhh

Entah sape pulak datang ni..adoi takut anak2 aku

Kids under 12 ade pertandingan mewarna. Kakak warna tak abis pun dah taknak..dia xminat sangat color2 ni..tak macam mama dia hiihihi

Adik pun nak jugak...walaupunnnn hahaha

Aku sempat buat pemeriksaan kesihatan, yelah benda depan mata moh le kita check  basic2 tu, berat tinggi bmi tekanan darah n kandungan gula dlm darah, alhamdulillah semua okey, bmi je dah 23.+ hehe nk sampai border tu ye kak bedah, ati2 huhuhu. Budak2 kalut nak bersenam coz ms senam robik dorg duk mewarna, so papa dorg bawak berlari kt depan mof nun, tak dapat la mrR buat pemeriksaan kesihatan diri dia. Ade kempen derma darah jgk tapi aku tak sempat nk tinjau coz bdk2 kalut nak balik. Kitorg singgah hero beli bahan masak then balik je pastu.

Petangnya mrR keje, anak2 macam biasa nak pegi kolam la every weekend, last week tak pegi sebab masing2 tak sihat demam n selsema. So lets mama bawak kali ni. Kesian pulak asyik berzikir nk p kolam nk p kolam je sepanjang hari. Kakak lagi lawak celik mata je nak p kolam, bila papa dia cakap papa keja terus nangis tersedu sedan sebab tak dapat p kolam. Haih la anak, drama betul korang ni.
  
Aku takde swimming attire so tengok dari kejauhan je. Dalam hati risau kot2 anak2 tenggelam ke hape tak sempat nak angkat, kembung perut minum air kolam tu kang. So pegi la tukar seluar legging duk bertenggek kt tepi tu sambil perati dorg. Entrance fee RM1 je per kid untuk kolam kanak2, kalau kolam dewasa RM2. Okeyla kan..
 
Adik siap bawak ball, duk main dalam kolam tu, aku tgk pulak seriau maklumlah mak dorg ni penakut 

Hantu air ni tak reti sejuk langsung, kalau sesi 2 jam 2 jam jugak dia nk berendam, berenang tak reti pun hahaha

Ahad pagi pun datang kolam lagi kalini papa pulak bawak. Aku macam biasa bibik kena ke pasar beli ikannya buk. Mau masak kari. Weekend ni masak kena ikut tekak anak n suami, apa dorg nak makan kena tanya siap2 kang dah masak takmo makan pulak. Airis tu tiap minggu request nak makan masak lemak ikan, cuma minggu ni nak kari ikan pulak. SYMP la ye nakkk.

Petang macam biasa papa kerjaan so mama bawak jalan2 beri barang dapur kat Alamanda je, happy la dorg sekejap. Balik rumah tengok papa takde si kakak mula buat drama balik, sedih manjang sebab papa asyik keja katanya. Huhu. Bertabahlah nak
 
 

Friday, January 13, 2017

Borak Santai

 
Pejam celik pejam celik dah hampir separuh bulan Januari, entry ke-2 utk tahun ni, ahaha konon nk merajinkan diri sangat, awal2 lg dah kelautan dalam. Life macam tu je, ade pasang naik nye. Awal2 tahun ni banyak ujian yg menimpa, harapnya lepas ni makin baik dan terus baik. InshaAllah mudah-mudahan.
 
Anak-anak so far so good, elok je ke sekolah. Kakak paling win sebab tak buat perangai nak ke sekolah, bangun pagi pn senang, tido malam pn takyah nak gaduh2 manja dah. Pukul 10 je terus masuk tido. Adik jela jenuh nk bangun pagi, jenuh kejut dia buat tido je padahal dah sedar. Punye la kering budak tu, kadang bikin hati mak panassss je. Mujur ada mrPapa yg penyabar layan kerenah dia pagi2, kalau mama dia jangan haraplah. Tapi mama tetap kalah, tiap hari kena paw jajan bawak ke sekolah, singgah kedai kat taska tu dulu * apesal la ade kedai kat situ* Haih.
 
Kekonon nak rajinkan diri layan anak-anak, tapi bebanan keja kt ofis makin tak tertanggung rasa, balik petang je rasa letih sesangat rasa nak landing atas tilam je, maka budak2 pun tak dapat lah ke playground main buaian kesukaan dorg, kalau papa dorg rajin or tak keje papa jelah yang bawakkan. So far every weekend tak pernah miss lagi pegi kolam, suka la budak2 tu main air. Berendam sejam je pastu balik dah kecut masing2. Pastu selsema manjang. Kena cari penawar ni takleh biar lama2, kakak tu dahla ade mslh radang paru2 dia, kang penuh pulak kahak kt dada tu. Bahaya oi.
 

 
 
 

Tuesday, January 3, 2017

Welcome 2017

 
Salam Tahun Baru *walaupun dah masuk hari ke 3*
 
Alhamdulillah dipanjangkan usia dapat jengah ke tahun 2017, 362 days ahead kita pun taktau apa akan jadi sepanjang tahun ni, kita hanya merancang Allah swt jua yg menentukannya. So we just follow the flow, hajat di hati memang banyak pembaharuan yang nk dibuat, which is berubah ke arah yang lebih baik. Dalam usaha ke arah tu maka banyak jugak benda yang perlu kita rancang/setkan azam. Kedengarannya agak klise, tapi kadang kita tak perasan pun kita tanam azam tu bukan hanya bila masuk tahun baru, setiap hari kita bangun tido pun kita duk pikir apa yang patut kita buat arini, apa yg kita nak buat untuk capai sesuatu perkara. Bagi aku, fokus utama aku sekarang ni adalah family, kerjaya dan financial. So aku target dalam tahun ni aku dapat bagi tumpuan kt ketiga2 dengan seimbang.

Family
Untuk tahun ni, aku tak rancang nak tambah ahli keluarga yang baru walaupun Ayra dah nak masuk 3 tahun beberapa bulan je lagi. Tahun 2018 maybe?who knows hehe. So aku nak berikan sepenuh perhatian utk Airis dan Ayra. Kalau boleh aku nak masakkan sarapan n dinner dorg setiap hari, lunch jela kat sekolah. Weekend pun nak spend lebih masa dengan dorang, dah taknak rajinkan diri pegi ofis siapkan keje ke ape. Atleast satu hari weekend tu bawak dorg jalan2, pegi taman ke pegi window shopping ke, dorg sekarang dh besar so senang dah aku nak bawak dorg sendiri je tanpa tunggu incik suami yang senantiasa busy tu. Petang2 kalau cuaca baik aku nak bawak dorg main kat playground, kejap pun jadila asalkan dorg happy. Malam pulak sentiasa luangkan masa buat aktiviti reading/writing/coloring dengan dorang. So far alhamdulillah Airis dah semakin rajin solat, lepas maghrib dia akan ambik buku untuk buat aktiviti. Ayra pun suka mengikut kakak so aku harap tahun ni budak2 tu akan lebih disiplin termasuklah mak dia ni. Haha.

Kerjaya
Dari segi kerjaya tak banyak perubahan yang boleh aku lakukan selain kerja dgn lebih tekun, tekun dan tekun lagi. Lebih fokus pada sesuatu tugasan, dan teliti jangan sampai ada yang tersilap lagi. Serik woo bila asyik salah je. huhu rasa incompetent sangat diriku ini. Aku tak harap sebarang pengiktirafan or anugerah, cukuplah asalkan bos aku berpuas hati dengan pencapaian aku. TIme frame untuk sesuatu tugasan pun aku dah set awal2, takmau lambat2 lagi nanti kang orang bising je HQ lambat buat keje, hukhuk =.=

Kewangan
Tahun ni jugak aku nak fokus kepada pengurusan kewangan aku, yg mana selama ni aku main taram je beli itu ini tanpa fikir panjang, sudahnya perbelanjaan lebih banyak dari pendapatan. Itu yang asyik guna kad kredit je. Tahun ni aku berazam nak potong kad kredit yg ada tinggal satu je. Sekarang ni aku pegang 4 kad!!Kegilaan apakah ini. So harapnya dapat la kurangkan napsu berbelanja aku lepas ni. Tunggakan PTPTN pn aku nak pegi setelkan esok atau lusa. Lepas ni just bayar bulanan melalui potongan gaji jelah taktau sampai bila asalkan abis bayar. Hutang tetap hutang oii, jangan culas. Tahun ni jugak demi nak jaga income flow yg baik maka percutian keluarga kita plan sekali je, nak pegi Terengganu. Tak jadi nk ke kundasang bagai. Tapi hujung tahun inshaAllah aku nak ke Korea, dgn kawan opis. Harapnya menjadi yang tu sebab dah termimpi2 nak jejak korea tu, haha. So lets berjimat mulai sekarang, tabung holiday tu memang kena ada la, kalau tak memang tak kemana.

Bab-bab lain macam biasa, sentiasa nak kurus tapi tak penah usaha ke arah tu pun. So marilah kita carry forward je azam nak kurus tu, target dapat 50kg pn dah okey, hahaha.